Aksi seksual cikgu tersebar, isteri direman

MELAKA – Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga madunya, Mac lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 53 tahun itu bermula hari ini sehingga esok dikeluarkan Majistret Nurul Asyikin Rosli selepas dipohon pengawai penyiasat bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, ibu kepada empat anak itu ditahan kira-kira jam 10.15 malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sepasukan polis.

“Wanita itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki bagi siasatan kes itu susulan laporan dibuat madunya yang juga seorang guru berusia 47 tahun.

“Guru terbabit terkejut apabila bapanya di Klebang memaklumkan menerima sepucuk surat daripada suspek berserta gambar bogel anak perempuannya itu dan menantunya.

“Bimbang gambar aibnya tersebar selain suspek sering menggangu keluarganya, pengadu membuat laporan polis pada 27 Mac lalu,” katanya.

Sementara itu peguam suspek, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh memberitahu pihaknya membantah permohonan reman selama empat hari dipohon polis. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI