Rumah warga emas dipenuhi sampah dibersihkan kali kelima

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjalankan operasi pembersihan buat kali kelima di sebuah rumah di Jalan Merpati, Taman Ipoh, yang dijadikan tapak pengumpulan barangan kitar semula sejak tahun 2020.

Kediaman itu dihuni seorang wanita warga emas berusia 71 tahun dan masih dipenuhi longgokan sampah, meskipun telah dua kali dikenakan tindakan perundangan di mahkamah.

Menerusi operasi terbaharu yang dijalankan pada Khamis, MBI dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekali lagi mengambil tindakan membersihkan premis berkenaan susulan aduan berterusan daripada penduduk setempat.

Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah berkata, komuniti setempat memaklumkan mereka tidak selesa dengan kacau ganggu yang timbul akibat pengumpulan barangan terpakai dan sisa yang mencemarkan imej kejiranan.

“Sebanyak tiga lori berkapasiti lima tan setiap satu telah digunakan bagi melupuskan sisa ke tapak pelupusan.

“Manakala barangan yang masih boleh dikitar semula telah dikumpul dan dijual dengan bantuan sukarelawan JKM.

“Hasil jualan tersebut diserahkan kepada warga emas terbabit sebagai salah satu bentuk sokongan kebajikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi yang bermula seawal jam 9 pagi itu melibatkan seramai 26 anggota penguat kuasa MBI dan sembilan pegawai serta sukarelawan JKM.

Turut serta, Ahli Majlis MBI, Lam Yew Tact; Penasihat Undang-Undang Bandaraya, Syahrul ‘Azrin Ghazali dan wakil JKM, Syed Abdul Halim Hilmy Syed Omar.

Mengulas lanjut, Zamakhshari berkata operasi itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden serta mendapat kerjasama penuh daripada warga emas terbabit.

“MBI berharap pendekatan bersepadu sebegini dapat menjadi contoh dalam menangani isu sosial berasaskan aduan awam secara holistik, dengan tindakan penguatkuasaan yang tegas serta pendekatan kebajikan yang berhemah,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Kampar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI