Lelaki warga emas maut, dua cedera nahas lori, kereta di JRTB

GERIK – Seorang warga emas maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan lori 10 tan dan kereta di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Banjaran Titiwangsa, dekat sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 1.02 petang.

Menurutnya, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan dipercayai berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Persona.

“Terdapat tiga orang mangsa di dalam kereta tersebut dan seorang lelaki warga emas berusia 70-an yang duduk di tempat duduk hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kaki manakala pemandu lelaki hanya cedera ringan.

“Penumpang wanita yang turut menaiki kenderaan itu turut mengalami kecederaan ringan dan mengadu sakit dada.

“Ketua operasi menjalankan penilaian situasi dan mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap dan mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan dengan memberikan rawatan awal pada pemandu lelaki serta penumpang wanita yang cedera.

“Mangsa wanita dihantar ke Hospital Gerik dengan menggunakan jentera EMRS (Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan) bagi menerima rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, lelaki warga emas yang tersepit telah dikeluarkan oleh anggota dengan menggunakan peralatan menyelamat dan pengusung kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya sekitar jam 4.15 petang,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Seorang maut nahas empat kenderaan di Kuala Kangsar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI