TANJUNG MALIM – Kerajaan Negeri Perak tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa berhubung cadangan larangan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, kajian menyeluruh sedang dijalankan meliputi pelbagai aspek, termasuk kebajikan pekerja dalam industri berkenaan. -MGPerak