Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR – Empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terbabit adalah Seremban, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 155, Nilai (154), Johan Setia di Selangor (151) dan Balok Baru Kuantan, Pahang (140).

Menurut klasifikasi JAS bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang boleh memberikan kesan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak serta individu yang menghidap penyakit pernafasan.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara dan orang ramai boleh merujuk laman sesawang https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau memuat turun aplikasi MyJAS EQMS di Google Play atau App Store.

Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan nasihat kesihatan dan langkah pencegahan semasa jerebu yang boleh didapati menerusi laman sesawang http://www.moh.gov.my.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI