AKPS tolak kemasukan 99 warga asing di KLIA

KUALA LUMPUR – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menolak kemasukan 99 warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam selepas gagal melepasi saringan keselamatan.

AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua individu berkenaan terdiri daripada 80 warga Bangladesh, 10 dari India dan sembilan dari Pakistan

“Penolakan dibuat kerana mereka gagal memenuhi syarat imigresen termasuk mempunyai tujuan lawatan dan rekod perjalanan yang meragukan.

“Kesemua 99 individu berkenaan yang merupakan lelaki telah diuruskan untuk proses dokumentasi lanjut dan dihantar pulang semula ke negara asal mengikut prosedur undang-undang sedia ada,” menurut kenyataan itu.

AKPS memaklumkan operasi intensif  selama tujuh jam bermula 9.30 pagi itu diketuai Unit Pemantau KLIA Terminal 1 dengan sokongan Unit Integriti yang telah memeriksa lebih 400 individu dan menyasarkan penerbangan berisiko tinggi.

“Ia melibatkan semakan latar belakang, dokumentasi perjalanan dan temu bual secara individu,” menurut kenyataan itu.

AKPS memaklumkan langkah penguatkuasaan seperti itu akan terus dipertingkatkan secara berkala sebagai strategi proaktif bagi menangani ancaman seperti sindiket penyeludupan manusia dan penyalahgunaan pas lawatan sosial.

 

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI