Mayat wanita ditemui reput sudah meninggal tiga hari – Polis

IPOH: Polis mengesahkan seorang wanita yang ditemui dalam keadaan hampir reput di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor pada Khamis, telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ia berdasarkan hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat wanita itu di Jabatan Forensik Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB), pada Jumaat.

Bagaimanapun katanya, punca kematian tidak dapat dipastikan ekoran keadaan mayat mangsa yang telah reput.

“Berdasarkan siasatan, mangsa tidak seorang diri di rumah itu dan tiada sebarang perlakuan jenayah dikesan pada tubuh mangsa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.

Media terdahulu melaporkan seorang ejen penyelenggaraan mesin penapis air menemukan mayat seorang wanita yang hampir reput di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemukan di bawah tebing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI