Kerajaan Perak, NGO kenal pasti lokasi sesuai untuk pusat perlindungan haiwan

IPOH – Kerajaan Perak sedang bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengenal pasti lokasi sesuai untuk dijadikan tempat perlindungan haiwan, sebagai sebahagian daripada usaha menangani peningkatan populasi haiwan jalanan di negeri ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, matlamatnya adalah untuk menyediakan penempatan sementara bagi haiwan jalanan yang diselamatkan untuk diuruskan oleh NGO.

“Kerajaan negeri memang berhasrat untuk memudah cara dengan menyediakan tempat sesuai dijadikan lokasi bagi menyelamat haiwan jalanan yang diuruskan oleh NGO sebelum proses pengambilan haiwan angkat dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Perak Pawsitive Initiative 2025 Daerah Kinta di Dewan Bulan Sabit Merah pada Rabu.

Dalam pada itu, Sandrea berharap melalui kempen kesedaran Perak Pawsitivie Inisiative khususnya dengan inisiatif pemandulan bersubsidi, kerajaan negeri dapat menangani punca utama bagi mencegah kelahiran haiwan yang tidak diingini yang akhirnya menjadi haiwan jalanan.

Kerajaan Perak, NGO kenal pasti lokasi sesuai untuk pusat perlindungan haiwan
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan melawat reruai pameran Program Perak Pawsitive Initiative 2025 Daerah Kinta di Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 OGOS 2025

“Kempen yang bermula tahun lalu ini merangkumi pemandulan bersubsidi dan aktiviti kesedaran seperti pertandingan fotografi dan melukis, serta program pengambilan haiwan angkat.

“Sejak dilancarkan pada tahun lalu, sebanyak 301 ekor anjing dan 254 ekor kucing telah dimandulkan melalui kempen ini.

“Pelesenan juga menjadi fokus, dengan 498 lesen anjing dikeluarkan sepanjang kempen selepas pihak berkuasa mendapati ramai pemilik tidak mendaftarkan haiwan peliharaan mereka,” jelasnya.

Beliau berkata, program pemandulan bersubsidi ini pada asasnya disasarkan kepada pemilik haiwan peliharaan, tetapi permohonan daripada NGO atau individu yang menjaga haiwan jalanan akan dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes.

“Bagi haiwan jalanan, ramai NGO sudah menjalankan program perangkap-kebiri-lepas (TNR) mereka sendiri, manakala kerajaan negeri menumpukan kepada haiwan peliharaan domestik yang pemiliknya mempunyai kemudahan untuk menjaganya,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tuanku Zara Salim berkenan rasmi Perak Pawsitive Initiative Daerah Kinta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI