Perak negeri pertama dikunjungi secara rasmi Duta Besar Uzbekistan

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Uzbekistan ke Malaysia, Dr Karomidin Gadoev di pejabat beliau di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Saarani berkata, kunjungan tersebut menjadi simbolik kepada hubungan dua hala yang semakin kukuh antara Perak dan Uzbekistan.

“Selain bertukar pandangan serta berbincang mengenai perkembangan ekonomi rantau ini, kami turut meneroka peluang kerjasama baru yang boleh dijalinkan antara Perak dan Uzbekistan bagi memajukan lagi hubungan baik serta pertumbuhan ekonomi kedua-dua hala.

“Antara yang diberi penekanan ialah usaha memperhebat promosi Islamic Tourism sebagai jambatan budaya dan destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Rabu.

Beliau turut memaklumkan bahawa Perak adalah negeri pertama yang Karomidin kunjungi secara rasmi dan berharap kunjungan ini akan menjadi permulaan kepada banyak kejayaan bersama pada masa hadapan.

“Ia satu penghormatan besar buat kami,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Beberapa kawasan di Perak terima hujan susulan operasi pembenihan awan – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI