MGPerak: Graduan UPSI Terima Berita Kematian Bapa Sehari Sebelum Konvokesyen

325

TANJUNG MALIM – Hasrat seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dekat sini mahu menghadiahkan bapanya segulung ijazah tidak kesampaian apabila menerima perkhabaran pemergian insan tercintanya itu sehari sebelum Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke-25 berlangsung.

Juline Ualana, 24, berkata perkhabaran duka itu diterima dari ahli keluarganya sebaik sahaja dia bersama emak, Randisah Malonggin, 60, dan abangnya, Julian Ualana, 27, baru sahaja tiba di Tanjung Malim dari Ranau, Sabah, pada Selasa.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak itu berkata, sukar untuk dia menggambarkan perasaannya sehingga kini selain menyifatkan berita pemergian bapanya itu meninggalkan kesan mendalam terhadapnya.

Juline berkata, bapanya yang menghidap barah hidung tahap empat sejak tahun 2018 itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu sekitar jam 3.30 petang. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini