Pas enggan dedahkan nama parti politik mohon sertai PN

ALOR SETAR – Parti Islam SeMalaysia (Pas) enggan mendedahkan nama-nama parti politik yang mengemukakan permohonan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), baru-baru ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan sebaliknya mahu terus berahsia apabila diajukan tentang hasrat sama dikemukakan dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas, memaklumkan dalam mesyuarat, menerima beberapa permohonan, ada yang nak jadi ahli, ada yang mohon nak jadi FriendS of PN.

“Jadi banyak parti yang mohon untuk menyertai (PN). Hingga setakat ini, kita akan meneliti satu persatu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan kami mengalu-alukan penyertaan mana-mana pihak untuk bersama termasuk NGO.

“(dalam kalangan komponen BN) Itu masih rahsia lagi lah. Biar dulu sehingga kita isytihar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-66 di Kompleks Pas Kedah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan tindakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, K Kesavan yang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Armada Bersatu menjadi kontroversi.

Kesavan dilihat duduk di kerusi barisan hadapan sebaris dengan Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham menyampaikan ucapan dasar.

Perwakilan Armada Bersatu turut bersorak apabila MIC disebut dalam ucapan alu-aluan Muhammad Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

Kesavan turut bergambar bersama barisan kepimpinan, perwakilan dan pemerhati Armada Bersatu selepas Muhammad Hilman selesai berucap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI