TANJUNG MALIM – Perkembangan situasi banjir di daerah Muallim semakin pulih apabila Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir ditutup pada pagi Rabu.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim itu ditutup pada jam 8 pagi.
Katanya, kesemua 39 mangsa daripada 10 keluarga dari Kuala Slim dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas situasi banjir terkini dilaporkan selamat.
“PPS SK Kuala Slim yang mula diaktifkan pada Selasa telah ditutup pada jam 8 pagi Rabu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Stesen Sungai Slim di Slim River berada pada tahap waspada dengan bacaan 24.77 meter, melebihi paras normal 23.50 meter.
“Sementara Jabatan Meteorologi meramalkan Muallim bakal mengalami cuaca ribu dan hujan pada waktu petang serta malam,” katanya. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
49 mangsa banjir Muallim masih berlindung di PPS, tiga ditutup