Karnival Anak Muda (KAMU) 2025 menjadi platform usahawan muda menambah rezeki di samping memperkenalkan produk jualan masing-masing serta menjadi medan pertemuan dengan masyarakat.
Usahawan belia dari pelbagai latar belakang khususnya yang bertapak di Perak tidak lokek berkongsi pengalaman, termasuk suka duka mereka dalam dunia perniagaan.
Kehadiran mereka di karnival yang berlangsung di Stadium Indera Mulia itu jelas mempamerkan keberanian mencari peluang perniagaan, selain memberi inspirasi kepada generasi muda untuk tidak takut melangkah ke dunia keusahawanan -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #KarnivalAnakMuda2025 #KAMU2025