Veteran UMNO ingatkan pemimpin Pas jangan celupar, jaga negeri dimenangi

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO mengingatkan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad supaya tidak terlalu angkuh dan celupar dalam menilai tahap sokongan semasa rakyat terhadap UMNO.

Sebaliknya, Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Idris serta pemimpin Pas lain perlu lebih menjaga negeri-negeri yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu supaya tidak terlepas ke tangan UMNO.

Menurut beliau, rakyat kini semakin celik dan cerdik dalam menilai bukan sahaja kemampuan UMNO, malah prestasi pentadbiran Pas di negeri-negeri dikuasai mereka bersama Perikatan Nasional (PN).

“Adalah lebih baik Pas menumpukan kutipan derma dengan meggunakan `tong drum’ daripada menyindir UMNO.

“Kutiplah sebanyak mungkin derma untuk menang 60 kerusi dalam PRU16 nanti kerana Bersatu tidak akan membantu kamu (Pas) lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Idris dalam secara sinikal melahirkan rasa kasihan terhadap UMNO yang sekadar layak merebut 26 kerusi pada PRU-16 meskipun sebelum ini sebuah parti gergasi.

Kata Idris, ia pula berdasarkan jaminan DAP yang mana UMNO hanya bertanding di kerusi yang dimenangi parti tersebut selain turut mencadangkan PRU-16 diadakan serentak.

Sementara itu, Mustapha berkata, pihaknya tidak hairan dengan kenyataan Idris yang seolah-olah memperlekehkan UMNO itu yang disifatkan lahir daripada kekesalan pemimpin Pas selepas gagal membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) pada PRU-15.

Ujarnya, Pas ketika itu yang memenangi lebih banyak kerusi lebih layak membentuk kerajaan, namun kerana keangkuhan pemimpinnya, UMNO yang hanya mempunyai 30k kerusi menjadi sebahagian daripada kerajaan hari ini.

“Kekesalan itu berpanjangan dan beberapa cubaan untuk tebuk atap, tebuk dinding dan tebuk lantai gagal,” katanya.

Apa yang menghairankan juga, tambah Mustapha, meskipun Pas menyifatkan UMNO parti yang lemah dan semakin hilang sokongan, namun pemimpinnya tanpa malu dan segan didakwa berjumpa pemimpin UMNO di luar pengetahuan pemimpin Bersatu untuk menyertai kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI