STR, SARA untuk kaum India cecah RM1 bilion – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, antaranya melibatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk kaum itu yang telah mencecah RM1 bilion.

Jelas beliau, inisiatif itu membuktikan kerajaan komited menjaga kaum itu dengan mengambil pendekatan membantu setiap segmen masyarakat tanpa mengetepikan mana-mana golongan.

“SARA dan STR itu untuk masyarakat miskin India dan yang masuk jumlahnya RM1 bilion. Macam mana kata kita tidak ambil berat? Rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri selalu bangkitkan walaupun tidak sebut STR India, STR Melayu, STR Cina, STR Sarawak.

“Tetapi oleh kerana banyak kritikan, saya tidak ada pilihan jelaskan agar semua orang akan tahu. Tetapi nampaknya kita terus diserang seolah-olah tidak buat apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di KL Sentral di sini hari ini.

Majlis anjuran Kementerian Digital dengan sokongan Kementerian Perpaduan Negara itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Dengan tema Cahaya Madani, Sinar Perpaduan”, majlis itu membawa mesej bahawa cahaya bukan sahaja simbol utama perayaan Deepavali, tetapi juga melambangkan pencerahan, harapan, dan perpaduan rakyat Malaysia dalam kerangka Malaysia Madani.

Anwar menambah, kerajaan turut menyalurkan dana RM1.2 bilion bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) pada 2024 yang dijangka meningkat kepada RM1.6 bilion pada tahun 2025/2026.

Katan beliau, sebanyak RM600 juta juga diteruskan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SGPP) bagi membantu usahawan muda India.

“Antara langkah yang telah diumumkan ialah peruntukan RM50 juta masing-masing kepada Amanah Ikhtiar dan Tekun, khusus bagi membantu masyarakat India miskin,” katanya.

Dalam bidang pendidikan pula, perdana menteri memberitahu, kerajaan turut menambah 1,500 tempat baharu di universiti awam bagi pelajar cemerlang STPM daripada pelbagai kaum termasuk anak-anak India, tanpa menjejaskan kuota sedia ada. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI