Punca Sungai Perak kebiruan diketahui selepas sampel dianalisis

IPOH – Punca sebenar perubahan warna air Sungai Perak di Kampung Sungai Papan, Gerik, yang didakwa bertukar kebiruan dan disyaki tercemar hanya akan diketahui selepas sampelnya dianalisis.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, data pemantauan terkini bertarikh 9 Oktober lalu menunjukkan Indeks Kualiti Air (WQI) berada pada skor 93 iaitu dalam julat Kelas I hingga IIA.

Beliau berkata, bagaimanapun ujian persampelan air akan dilakukan selepas pegawai penyiasat mengambilnya di lokasi kejadian.

“Punca sebenar hanya dapat dipastikan selepas sampel dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Pegawai penyiasat telah ke lokasi, tetapi kerja persampelan tidak dapat dilakukan kerana hujan lebat dan faktor keselamatan, termasuk jambatan yang hanya mempunyai penghadang separas lutut,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Terdahulu tular di media sosial mengenai perubahan warna air di hulu Sungai Perak dekat Kampung Sungai Papan, Gerik yang didapati bertukar menjadi kebiruan seperti air laut.

Perubahan warna itu disyaki berpunca daripada kegiatan perlombongan di kawasan bukit berhampiran hulu Sungai Rui, yang merupakan salah satu anak sungai membentuk lembangan Sungai Perak. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI