Kemalangan lima kenderaan: Dua maut, polis mohon saksi tampil

LUMUT- Dua individu maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di kilometer (km) 32 Jalan Teluk Intan – Sitiawan, dekat sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, mangsa maut merupakan seorang wanita berusia 40 tahun dan lelaki berusia 38 tahun.

Katanya, pihaknya menerima maklumat berkenaan kemalangan yang juga membabitkan kenderaan jenis treler, motosikal dan kereta itu sekitar jam 8.25 pagi.

“Pihak polis memohon kerjasama sekiranya ada mana-mana pihak mempunyai sebarang maklumat berkenaan kemalangan yang berlaku untuk menyalurkan kepada pihak polis.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Inspektor Mohd Hairy Baharuddin di talian 0145654565 bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Terdahulu media melaporkan seorang wanita maut manakala suami dan dua anaknya cedera dilanggar sebuah lori ketika membantu mangsa kemalangan di Jalan Kampung Kayan, Sitiawan.

Dilaporkan, kemalangan melibatkan sebuah lori, dua motosikal, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta itu. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Wanita maut, suami dan dua anak cedera dilanggar lori

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI