Banjir Perak: 1,776 mangsa dipindahkan ke 23 PPS di LMS, Manjung

IPOH – Situasi banjir di Perak semakin memburuk apabila seramai 1,776 mangsa melibatkan 609 keluarga dipindahkan ke 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 4 pagi, pada Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam satu kenyataan berkata, daerah yang terjejas melibatkan Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung.

“Sebanyak 20 PPS dibuka di daerah LMS menempatkan 1,413 mangsa daripada 502 keluarga, manakala tiga PPS di Manjung membabitkan 363 mangsa daripada 107 keluarga,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan dua stesen sungai di Perak iaitu di daerah Kinta dan Kampar telah melepasi bacaan paras normal.

“Stesen Empangan Ulu Kinta mencatatkan bacaan tahap waspada iaitu 247.83 meter, sementara Stesen Sungai Kampar Kampung Baru Kuala Dipang merekodkan bacaan aras amaran (22.49 meter),” ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir akan melanda di beberapa daerah sekitar Perak iaitu LMS, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Met Malaysia turut menjangkakan ribut dan hujan di beberapa daerah lain di Perak pada waktu pagi dan petang, kecuali Kampar, Padang Batang dan Muallim.

Bagaimanapun, ketiga-tiga daerah tersebut dijangka akan mengalami cuaca buruk pada sebelah petang dan malam. – MG Perak

 Artikel Berkaitan:

Banjir Perak: Tiga PPS dibuka, 180 mangsa di Pantai Remis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI