932 mangsa banjir di Perak masih ditempatkan di 10 PPS

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus merekodkan penurunan kepada 932 orang melibatkan 299 keluarga setakat jam 10 pagi pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam satu kenyataan berkata, sebanyak dua PPS telah ditutup menjadikan 10 PPS masih beroperasi setakat pagi ini.

Katanya, dua PPS yang ditutup melibatkan daerah Larut Matang dan Selama (LMS) iaitu Masjid Ali Rouse Ulu Sepetang dan Surau Al-Hidayah Pondok Quint, Batu 13.

“Sebanyak lima PPS masih dibuka melibatkan 494 mangsa di daerah Manjung, diikuti dua PPS di daerah Kerian yang menempatkan 156 mangsa banjir.

“Manakala bagi daerah LMS hanya sebuah PPS menempatkan 144 mangsa masihJuml beroperasi. Begitu juga di Perak Tengah dan Hilir Perak sebuah PPS dibuka dengan masing-masing menempatkan 110 dan 28 mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI