Lelaki maut kereta terbabas dan dihempap tiang elektrik

LENGGONG – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum terjunam ke bawah bukit di Kampung Kelantan, di sini, awal pagi pada Sabtu.

Mangsa berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di dalam kereta selain dihempap tiang elektrik.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, panggilan kejadian diterima pada jam 7.28 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong telah digerakkan dan tiba dilokasi pada jam 7.42 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati sebuah kereta jenis Honda Accord telah terbabas dan melanggar tiang elektrik lalu terjunam ke dalam bawah bukit di halaman rumah awam.

“Kemalangan melibatkan seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu berumur 28 tahun tersepit dan dihempap oleh tiang elektrik yang tumbang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, Ketua Operasi kemudiannya melaksanakan ‘size-up’ dan seterusya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan menggunakan hidraulik cutter untuk membuka ruang kerja.

“Setelah pihak dari TNB selesai membuat pemotongan elektrik, kerja-kerja pengalihan tiang yang menghempap mangsa dilaksanakan.

“Mangsa dapat dikeluarkan dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Tambah beliau, mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 9.50 pagi. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI