Lelaki maut kereta bertembung lori simen

GERIK – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan simen dalam nahas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) menghala ke Tasik Banding di sini awal pagi Khamis.

Mangsa maut dikenali sebagai Anuar Ahmad, 39.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 3.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord dengan sebuah lori membawa muatan simen jenis Volvo.

“Terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri di dalam kereta namun tidak tersepit dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan bertugas manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Ketua Operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan pengusung,“ katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 4.40 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki ditemukan maut, motosikal dipercayai terbabas dalam sungai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI