Empat RUU reformasi institusi dibentang tahun depan – PM

KUALA LUMPUR – Empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan reformasi institusi iaitu Ombudsman, kebebasan maklumat (FOI), pendanaan politik serta pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka akan dibentang di Parlimen tahun depan.

Mengesahkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemuanya kini di peringkat proses libat urus.

Terdahulu,katanya, pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 juga akan dibentangkan tahun depan yang merangkumi perlindungan dan insentif kepada pemberi maklumat.

“Menteri berkenaan telah membentangkan keputusan dasar untuk diluluskan Jemaah Menteri iaitu Ombudsman, FOI, pendanaan politik dan pengagihan kuasa Peguam Negara serta Pendakwa Raya.

“Keempat-empat RUU ini sedang melalui proses libat urus, antaranya dengan Parlimen, Majlis Peguam dan pihak-pihak berkepentingan lain sebelum dimuktamadkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) mengenai perkembangan terkini reformasi institusi perundangan melalui penggubalan RUU tersebut dalam usaha meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI). – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI