Perak kekal dasar peruntukan sama rata, tiada dana khas untuk pembangkang

IPOH – Kerajaan Negeri Perak tidak berhasrat untuk menyalurkan peruntukan khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari blok pembangkang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagaimanapun peruntukan sama rata sebanyak RM300,000 setahun diberikan kepada kesemua 59 ADUN untuk pelaksanaan projek infrastruktur kecil, program dan bekalan.

“Saya konsisten dengan jawapan yang sama iaitu peruntukan yang kita luluskan dalam dewan ini adalah peruntukan yang telah dicatatkan dalam buku ini (Belanjawan 2026 Perak Darul Ridzuan).

“Peruntukan tersebut akan diuruskan beberapa entiti yang diagihkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Kewangan Negeri, pejabat daerah dan tanah, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebahagian lagi wang itu diluluskan kepada Pejabat Menteri Besar.

“Pejabat Menteri Besar kemudiannya memberi kepercayaan, amanah kepada pengurus-pengurus tersebut untuk menguruskan wang berkenaan.

“Pada kawasan kerajaan kita amanahkan kepada ADUN untuk urus peruntukan sama rata yang diberikan sebanyak RM300,000.

“Bagi kawan-kawan dalam kawasan pembangkang wang itu akan diuruskan oleh Pegawai Khas Menteri Besar, nilai sama, cara pun sama,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Mohd Akmal Kamarudin (PN-Selama) pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Saarani menjelaskan bahawa Pegawai Khas Menteri Besar akan memanjangkan permintaan untuk menggunakan peruntukan tersebut kepada Pejabat Menteri Besar terlebih dahulu bagi tujuan penilaian.

“Jadi, YB (Yang Berhormat) jangan bimbang tentang pengagihan itu. Kita bagi sama, cuma pengurus sahaja yang berbeza,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menambah, kerajaan negeri memberikan peruntukan sama rata kepada Pusat Khidmat ADUN kerajaan dan pembangkang sebanyak RM10,000 setiap bulan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PN Perak tidak pernah pertikai peruntukan daripada kerajaan negeri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI