Kehadiran harimau di Bukit Bangkong, polis nasihat jangan hampiri kawasan hutan

IPOH – Polis mengesahkan menerima laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau yang mengakibatkan dua lembu ternakan mati dan lima lagi hilang di Bukit Bangkong, Tanah Hitam, di Chemor, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, insiden itu dimaklumkan sekitar 6.30 petang oleh seorang lelaki yang menemui dua lembu miliknya mati dengan kesan gigitan manakala beberapa ternakan lain tidak dapat dikesan.

“Susulan laporan tersebut, anggota Balai Polis Tanah Hitam bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan serta penilaian awal.

“Perhilitan turut memasang kamera perangkap sebagai langkah mengesan dan mengesahkan kehadiran harimau di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisam memaklumkan pemantauan akan diteruskan dan maklumat disalurkan kepada agensi berkaitan demi memastikan kawalan risiko, keselamatan penduduk serta usaha pemuliharaan hidupan liar dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi Balai Polis Tanah Hitam atau Perhilitan bagi membantu siasatan.

“Polis menasihatkan penduduk supaya berwaspada, tidak menghampiri kawasan hutan dan mengelakkan sebarang bentuk provokasi terhadap haiwan liar demi keselamatan komuniti,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI