TAIPING – Seorang pegawai penjara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan tanpa niat menyebabkan kematian seorang tahanan di Penjara Taiping, Januari lalu.
Tertuduh, Ryndee O’Nell Victor, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ahmad Hamdi Mustafar. -MGPerak





