Wanita tersepit, kereta terbalik sebelum rempuh Perodua Bezza

TAPAH – Seorang wanita tersepit selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbalik sebelum merempuh sebuah kereta di bahu jalan di Taman Tapah Jaya Tapah Road, dekat sini, pada Ahad.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kemalangan jalan raya itu pada jam 1.50 tengah hari.

Katanya, sejurus selepas itu lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Axia dipandu mangsa telah terbabas dan merempuh kereta jenis Perodua Bezza yang diletakkan di bahu jalan.

“Insiden itu mengakibatkan seorang wanita telah tersepit pada tempat duduk pemandu kereta Perodua Axia,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

wanita tersepit kemalangan di Tapah kemalangan jalan raya Tapah kereta terbalik rempuh Bezza kemalangan Perodua Axia JBPM Perak operasi menyelamat wanita cedera kemalangan Perak
Pasukan bomba sedang melaksanakan operasi penyelamatan dengan membawa keluar wanita tersepit daripada kenderaan selepas terbabas dan terbalik di Taman Tapah Jaya Tapah Road, Tapah. Foto JBPM Perak

Shazlean berkata, pasukan bomba yang berada di lokasi kemudian melakukan operasi penyelamatan bagi membawa keluar mangsa daripada kenderaan berkenaan.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan ‘spinal board’ sehingga wanita berkenaan berjaya dibawa keluar.

“Jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudian menghantar mangsa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Fadzriel Md Noor itu pada jam 2.29 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pemandu lori muatan hampas sawit maut tersepit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI