Penunggang lemas, pembonceng parah, motosikal terbabas masuk parit

PARIT – Seorang penunggang maut, manakala pembonceng cedera parah selepas motosikal mereka naiki terbabas dan melanggar besi jambatan sebelum terjatuh ke dalam parit di Jalan Tumboh Hangat–Padang Changkat, Bota, dekat sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.55 pagi.

Menurutnya, mangsa maut dikenali sebagai Andika, 18, dan lelaki cedera berusia 20 tahun masing-masing pekerja ladang sawit warga Indonesia.

Tambahnya, kedua-dua mereka yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu didapati tidak memakai topi keledar.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum melanggar besi jambatan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam parit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan punca kematian dipercayai akibat lemas,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Seri Iskandar untuk dibedah siasat manakala mangsa cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

“Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki ditemukan maut selepas terperangkap dalam gelung longkang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI