Ops Khas Sembilan Kesalahan rekod 112 notis di Perak

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan sebanyak 112 notis kesalahan pada Operasi Khas Sembilan Kesalahan Utama di sini, pada Jumaat.

Timbalan Pengarah JPJ Perak, Mohd Azmi Jaafar berkata, pendekatan operasi dilaksanakan secara sekatan jalan raya melibatkan 107 kenderaan diperiksa serta membabitkan kekuatan 20 pegawai dan anggota.

Ops Khas Sembilan Kesalahan JPJ Perak Operasi Khas JPJ Perak, 112 notis kesalahan Perak, kesalahan jalan raya Perak, sekatan jalan raya JPJ, tidak pakai tali pinggang keledar, kesalahan trafik Ipoh
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohd Azmi Jaafar. Foto ABDULLAH YUSOF 16 JANUARI 2026.

Katanya, daripada keseluruhan jumlah yang dikeluarkan, kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar merekodkan jumlah tertinggi iaitu 25 kes dan selebihnya 87 kes.

“Daripada jumlah itu, 36 melibatkan motosikal, 40 kenderaan ringan dan selebihnya kenderaan lain.

“Setakat ini tiada sebarang kenderaan yang dikenakan tindakan disita,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Operasi Khas Sembilan Kesalahan Utama di Jalan Kuala Kangsar-Jalan Sultan Azlan Shah dekat Tasek di sini pada Jumaat.

Ops Khas Sembilan Kesalahan JPJ Perak Operasi Khas JPJ Perak, 112 notis kesalahan Perak, kesalahan jalan raya Perak, sekatan jalan raya JPJ, tidak pakai tali pinggang keledar, kesalahan trafik Ipoh
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak ketika Operasi Khas Sembilan Kesalahan Utama di Jalan Kuala Kangsar-Jalan Sultan Azlan Shah dekat Tasek, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 16 JANUARI 2026.

Menurut beliau, operasi khas tersebut memberi tumpuan kepada sembilan kesalahan utama iaitu memotong barisan secara berbahaya, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan lorong kecemasan.

Turut diberi perhatian, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai topi keledar, tidak memakai tali pinggang keledar hadapan dan belakang serta memotong di lorong kanan secara berterusan.

Menurut Mohd Azmi, sebanyak 4,824 kesalahan jalan raya telah direkodkan JPJ Perak sepanjang tahun lalu dengan dua daripada sembilan kesalahan mencatatkan sebagai kes tertinggi.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohd Azmi Jaafar memeriksa penunggang motosikal ketika Operasi Khas Sembilan Kesalahan Utama di Jalan Kuala Kangsar-Jalan Sultan Azlan Shah dekat Tasek, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 16 JANUARI 2026.

Kata beliau, kes berkenaan adalah tidak memakai tali pinggang keledar hadapan dengan 2,191 kes serta gagal mematuhi peraturan lampu isyarat 1,066 kes.

“Dalam tempoh sehingga 15 Januari, sebanyak 167 kesalahan direkodkan di seluruh Perak dengan 103 melibatkan kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar hadapan, dan 14 menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, pematuhan terhadap undang-undang dalam kalangan pengguna jalan raya amat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kematian di jalan raya.

“Operasi ini dilaksanakan bukan untuk menghukum semata-mata, tetapi sebagai pendekatan mendidik dan meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan keselamatan jalan raya,” tambah beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JPJ Perak tahan lori sawit bawa lebih muatan 20 tan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI