MGPerak: Galeri Seni Warisan My Pride Angkat Hasil Tangan Penghuni Penjara

2

IPOH – Dalam arus yang serba moden ini, masih ada dalam kalangan masyarakat yang bersifat ‘skeptikal‘ terhadap banduan.

Namun di sebalik tembok penjara, mereka sebenarnya sedang melalui proses pemulihan dengan mempelajari pelbagai kemahiran dan menghasilkan produk berkualiti sebagai usaha membina semula kehidupan masing-masing pada masa hadapan.

Justeru, Jabatan Penjara Malaysia (JPM) menyediakan latihan vokasional dan industri sebagai persediaan kepada mereka yang kemudiannya diterjemahkan menerusi penghasilan pelbagai produk berkualiti tinggi merangkumi hasil kraf kayu, besi, perabot, fabrik, pastri serta tekstil eksklusif.

Produk-produk tersebut dipasarkan di Galeri Seni Warisan My Pride yang mengetengahkan hasil kreatif banduan di seluruh Malaysia. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini