Lelaki tunjuk isyarat lucah, tunjuk parang direman empat hari

IPOH – Seorang lelaki yang tular dalam sebuah video memegang parang dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengguna jalan raya di bandar raya ini telah ditahan di hadapan sebuah restoran di Pusat Perniagaan Greentown di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan sekitar jam 6.15 petang.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda Civic EJ 1.6 cc, sebatang anak kunci dan satu alat kawalan jauh.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek lelaki warga tempatan itu mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dua kes berkaitan dadah.

Lelaki tunjuk isyarat lucah, tunjuk parang direman empat hari
Antara barang yang dirampas polis susulan penangkapan seorang lelaki yang memegang parang dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengguna jalan raya di Ipoh pada 15 Januari lalu. Foto Polis

“Suspek telah direman selama empat hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, polis memaklumkan telah mengenal pasti individu yang memegang parang dalam video berdurasi kira-kira 25 saat yang dimuat naik dan tular di media sosial pada Khamis.

Kejadian itu dipercayai berlaku di simpang empat lampu isyarat Jalan Raja Ekram, Taman Jubilee dekat sini sekitar jam 9.26 malam pada 15 Januari lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ibu tunggal mengamuk di restoran didenda RM11,800

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI