Poster tular bantuan Ramadan, tuntutan kredit e-Tunai palsu – MOF

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan dan Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang tular menerusi media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, MOF memaklumkan poster “Bantuan Ramadan RM500 one-off” berserta gambar Perdana Menteri itu adalah palsu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak klik pautan meragukan, tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber tidak sah dan sentiasa menyemak maklumat melalui saluran rasmi MOF,” menurut hantaran itu.

Orang ramai turut diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web www.mof.gov.my dan media sosial rasmi kementerian itu.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI