PN Perak cabar Arafat dedah nama ADUN sokong kerajaan negeri

IPOH – Perikatan Nasional (PN) Perak, mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad, mendedahkan nama tiga ADUN pembangkang yang didakwa memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Perak.

Setiausahanya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, sekiranya Arafat gagal mendedahkan tiga nama berkenaan beliau tidak saling tumpah seperti sekadar bermimpi di siang hari.

“Kita jangan lupa tindakan beliau sebelum ini yang membawa seekor ayam ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dahulu hanya untuk meraih perhatian netizen, itu memang sikap beliau agar beliau ‘tidak dilupakan’.

“Beliau juga perlu sedar semua ADUN PN Perak dalam perbahasan semalam dan hari ini menyokong Belanjawan Perak 2024 yang dibentangkan dan bukannya ‘tiga orang’ seperti yang didakwa beliau,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Zainol Fadzi, dakwaan Muhamad Arafat tersebut hanya satu provokasi yang sengaja cuba dilemparkan kepada PN bagi tujuan utk mencari ‘Sensasi Politik’.

Ujar ADUN Sungai Manik itu, Muhamad Arafat sepatutnya tidak mengamalkan politik murahan, malah tindakan seumpama itu sudah ketinggalan zaman selain tidak wajar bagi pemimpin parti politik mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“ADUN Hulu Kinta dinasihatkan agar jangan terlalu gemar membuat provokasi murahan kerana pihaknya sudahnya pun menjalankan siasatan dan bertanyakan kesemua ADUN PN Perak berhubung dakwaan beliau itu.

“PN Perak melihat tindakan ADUN Hulu Kinta itu lebih kepada terdesak dan cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada perbahasan bajet, malah tindakan politik murahan seperti itu sering berlaku di setiap kali Persidangan DUN Perak,” katanya.

Semalam, Arafat mengumumkan tiga ADUN PN Perak didakwa bakal menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perak di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Naib Pengerusi PKR Perak itu mendakwa, setakat ini dua daripada mereka telah bertemu dengannya pada bulan lalu dan bulan ini di sekitar Ipoh bagi menyatakan hasrat tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

3 ADUN PN didakwa akan sokong Kerajaan Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI