Pelajar IPT ditemukan maut dalam longkang dekat rumah

IPOH – Seorang lelaki ditemukan maut di dalam sebuah longkang berhampiran rumahnya di Taman Menglembu Impiana Adril di sini pada Ahad.

Difahamkan, mangsa yang dipercayai seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu ditemui 30 meter dari rumahnya.

Saksi kejadian yang dikenali sebagai Mani, 58, berkata, sekitar jam 11.20 pagi, sewaktu memarkir kereta, dia seperti terlanggar objek kecil.

“Saya turun dan nampak objek seperti lampu suluh dan ketika itu saya nampak ada lelaki dalam keadaan berlumuran darah di muka dalam longkang.

“Selepas itu, saya terus jumpa kawan untuk minta tolong telefon polis,” katanya ketika ditemui di lokasi pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah mengesahkan mengenai kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki warga emas maut nahas tiga kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI