IPOH – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) terutamanya ke arah utara dilaporkan mula sesak susulan peningkatan pergerakan kenderaan menjelang sambutan Aidilfitri.
Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak berhampiran Plaza Tol Ipoh Utara mendapati aliran trafik ke arah utara lebih perlahan berbanding laluan ke selatan, dipercayai akibat pertambahan jumlah pengguna jalan raya yang pulang ke kampung. – MGPerak





