GOPENG – Pentadbir sekolah dibenarkan membuat keputusan untuk menutup operasi buat sementara waktu sekiranya cuaca panas mencapai tahap amaran dua, iaitu apabila suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, keadaan tersebut adalah berdasarkan pengisytiharan rasmi oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini. – MGPerak





