MGPerak: Berusia 80 Tahun, SJKT Gopeng Bakal Berwajah Baharu, Terima Peruntukan RM14.5 Juta

76

GOPENG – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng, di sini yang mencecah berusia 80 tahun akan berwajah baharu menerusi pembangunan semula bangunan sekolah daif membabitkan peruntukan berjumlah RM14.5 juta.

Peruntukan projek pembinaan semula bangunan sekolah itu diluluskan bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, projek bangunan tiga tingkat yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dijangka bermula pada hujung tahun ini dan mengambil masa 22 bulan untuk disiapkan. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini