Seramai 1,008 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Perak berjaya memperoleh keputusan semua A berbanding 937 calon pada tahun sebelumnya.
Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, keputusan itu menyaksikan peningkatan sebanyak 0.23 peratus daripada 3.64 peratus pada tahun 2025 berbanding 3.41 peratus tahun 2024.
Katanya, daripada keputusan itu, Perak berjaya merekodkan peningkatan bilangan calon yang memperoleh keputusan semua A+ daripada sembilan orang kepada 26 orang untuk tahun 2025. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #SPM2025





