Kilang proses plastik haram diserbu, rampasan RM8.5 juta

SUNGAI SIPUT – Sebuah kilang pemprosesan plastik tanpa kelulusan pihak berkuasa di sini diserbu dengan rampasan dianggarkan bernilai RM8.5 juta.

Serbuan itu dibuat menerusi Op Taring Alpha 5 yang dilaksanakan dalam operasi bersepadu pada jam 12 tengah hari semalam melibatkan beberapa agensi.

Agensi tersebut adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Cawangan Risik Batalion 3, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, seorang wanita tempatan berusia lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik premis berkenaan turut ditahan dalam operasi itu.

Menurutnya, pihaknya turut merampas pelbagai jentera, mesin dan peralatan memproses plastik; 100,000 kilogram (kg plastik belum diproses dan 45,000 kg plastik separa siap.

“Hasil pemeriksaan bersama pihak JAS mendapati premis tersebut dijadikan lokasi pemprosesan bahan plastik terpakai tanpa sebarang lesen atau kelulusan daripada JAS.

Kilang proses plastik haram diserbu, rampasan RM8.5 juta
Sebuah kilang pemprosesan plastik tanpa kelulusan pihak berkuasa di Sungai Siput diserbu dengan rampasan dianggarkan bernilai RM8.5 juta. Foto Briger Utara PGA Ulu Kinta

“Premis itu juga didapati memasang dan mengendalikan beberapa fasiliti pemprosesan plastik tanpa notifikasi kepada pihak berkuasa.

“Pasukan serbuan turut menemui longgokan plastik dalam kuantiti besar, sama ada yang belum diproses mahupun separa siap, selain pelbagai jentera dan mesin yang digunakan dalam aktiviti tersebut,“ katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati premis berkenaan telah beroperasi lebih tiga tahun dengan bekalan sisa plastik diperoleh dari kawasan perindustrian sekitar Kulim, Kedah.

“Bahan tersebut diproses di premis sebelum dihantar ke sekitar Lembah Klang bagi penghasilan resin,“ jelasnya.

Katanya, kes telah diserahkan kepada JAS Perak untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) kerana gagal mengemukakan laporan penilaian kesan terhadap alam sekitar. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PGA serbu premis proses sisa plastik, rampasan lebih RM5 juta

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI