Zizi Kirana, Yusuf Bahrin bercerai

KUALA LUMPUR – Rumah tangga penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini.

Peguam syarie, Noor Haiza Mariena Mat Ramli yang mewakili Zizi memaklumkan keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.

“Prosiding hari ini adalah permohonan cerai di bawah Seksyen 47 di mana kedua-dua pihak iaitu Zizi dan Yusuf, keduanya bersetuju memohon cerai,” katanya.

Difahamkan, permohonan cerai berkenaan telah difailkan oleh Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil dan kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan perkahwinan mereka secara baik.

Zizi ketika ditemui media turut memaklumkan segala urusan telah selesai dengan lancar.

Sementara itu, Yusuf dilaporkan mengakui mereka telah berusaha menyelamatkan rumah tangga namun menerima perpisahan itu sebagai ketentuan takdir.

Beliau juga menegaskan hubungan mereka berakhir tanpa permusuhan atau dendam.

“Kami berpisah secara baik dan tak ada permusuhan, tiada dendam, saya mohon semua pihak mendoakan kebaikan kami dan orang lain,” katanya.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan selebriti itu menjadi perhatian ramai selepas timbul spekulasi mengenai hubungan mereka termasuk dakwaan tidak lagi tinggal sebumbung dan menyambut Aidilfitri secara berasingan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI