Superintenden Khalid Mohamad dilantik Ketua Polis Daerah Muallim baharu menggantikan Asisten Komisioner Mohd Hasni Mohd Nasir yang bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod.
Khalid sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 2022.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, Mohd Hasni yang mula memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah sejak 14 Jun 2022 telah berjaya memimpin Ibu Pejabat Polis (IPD) Muallim dengan meraih pelbagai pencapaian dan kejayaan, terutamanya dalam penugasan, perkhidmatan menjaga keselamatan serta ketenteraman awam di daerah berkenaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #KhalidMohamad #KetuaPolisDaerahMuallim





