IPOH – Subsidi bahan api 50 liter sehari pada kadar RM1.65 seliter bagi menampung operasi nelayan sepatutnya mencukupi meskipun berhadapan dengan kenaikkan harga ekoran konflik asia barat.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata, pemberian subsidi itu bertujuan membantu menampung sebahagian kos operasi nelayan dan sekiranya jumlah tersebut tidak mencukupi golongan tersebut perlu menampung sendiri kos. – MGPerak





