TAIPING – Empat sekeluarga didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dalam kejadian di Taman Sungai Mas, di sini minggu lalu.
Tertuduh, M Satis Kumar, 27 (bapa tiri); M Savathri, 28 (ibu kandung); S C Veeraletchumy, 53 (nenek tiri); dan M Murali, 49 (datuk tiri), hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret R Prabakaran.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. -MGPerak





