Kerajaan Negeri Perak meneruskan inisiatif pemberian buku rujukan tambahan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani dengan peruntukan RM1 juta.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebanyak 63,303 naskhah buku rujukan akan diedarkan secara percuma pada tahun ini berbanding 53,000 naskhah pada tahun lalu.
Katanya, inisiatif yang diterajui oleh Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak itu membabitkan calon SPM berpotensi lulus yang memerlukan bimbingan tambahan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #MBPerak #saaranimohamad





