Polis buru dua lagi ahli Geng Muncung

PARIT – Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai ahli kumpulan Geng Muncung yang aktif mencuri motosikal jenis Yamaha 125ZR dan Y15ZR sekitar Perak Tengah, Manjung dan Ipoh.

Kedua-dua suspek yang masih bebas adalah Amirul Shafiq Khairul Azhar berusia 22 tahun dan Muhammad Nur Hakim Mat Arib berumur 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihak polis masih mengesan kedua-dua suspek yang dikenali dengan panggilan Shafiq dan Akim.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada Sarjan Farah Eliana Liki Maliki, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di talian 013-8927218.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Hafezul Helmi Hamzah mengadakan sidang media berkenaan kejayaan pasukan polis menumpaskan Geng Muncung yang aktif mencuri motosikal jenis Yamaha 125ZR dan Y15ZR sekitar Perak Tengah, Manjung dan Ipoh di IPD Perak Tengah, Seri Iskandar di Parit. Foto SYAKIR YUSOF, 10 APRIL 2026.

“Kita sudah soal siasat dan setakat ini pengakuan hanya tiga daerah (kecurian)dan hasilnya kita berjaya menahan 11 suspek namun dua lagi masih bebas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di IPD Perak Tengah, di sini, pada Jumaat.

Menurut Hafezul Helmi kedua-dua suspek yang masih bebas iaitu Amirul Shafiq mempunyai tujuh rekod jenayah lampau, manakala Muhammad Nur Hakim tiga rekod jenayah lampau.

Terdahulu, Hafezul Helmi memaklumkan polis berjaya menumpas kumpulan yang bergiat aktif mencuri motosikal jenus Yamaha 125ZR dan Y15ZR dikenali sebagai Geng Muncung.

Seramai 11 individu ditahan termasuk ketua kumpulan yang dikenali sebagai Muncung di mana kesemua mereka aktif mencuri motosikal di Perak Tengah, Manjung dan Ipoh. -MG Pera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI