IPOH – Seramai 4,435 anak negeri Perak berjaya ditempatkan ke dalam industri melalui 83 Program Pembangunan Kerjaya di bawah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) sepanjang 2023 hingga tahun lalu.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A Sivanesan berkata, kesemua mereka berjaya ditempatkan pelbagai peringkat jawatan dengan jumlah janaan ekonomi bernilai RM11 Juta.
Menurut Sivanesan, kejayaan PASAK ini, bukan hanya diukur melalui indikator ‘output’ tetapi juga diukur melalui indikator hasil untuk setiap program yang dilaksanakan. -MGPerak





