IPOH – Perak akan mewujudkan dua jawatankuasa khas di peringkat negeri bagi melaksanakan pelan mitigasi impak krisis tenaga global yang memberi kesan kepada sektor ekonomi dan kehidupan rakyat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jawatankuasa berkenaan dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Mitigasi Impak Krisis serta Jawatankuasa Pemantauan Impak Krisis.
Katanya, peranan khusus dua jawatankuasa tersebut akan diperincikan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dalam masa terdekat dengan ia akan disusuli dengan pelaksanaan langkah-langkah mitigasi serta intervensi secara berfasa. -MGPerak





