IPOH – Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal berdepan tindakan Perintah Khidmat Masyarakat dan disiplin susulan tindakan membuang puntung rokok dari kenderaan majlis itu sebagaimana dalam video tular di media sosial.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tindakan itu bakal diambil ke atas individu terbabit sekiranya hasil siasatan mendapati wujud kesalahan pembuangan sampah kecil tersebut. -MGPerak





