Perak jamin stok ubat di semua fasiliti kesihatan mencukupi

IPOH – Bekalan ubat-ubatan di negeri Perak dijamin mencukupi sehingga pertengahan tahun ini meskipun berlaku ketidaktentuan krisis geopolitik di Asia Barat.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, situasi semasa masih terkawal dan negeri ini tidak berdepan masalah serius terhadap bekalan perubatan.

Menurutnya, bekalan ubat-ubatan itu masih mampu menampung kesemua fasiliti kesihatan di Perak melibatkan 15 hospital, 86 klinik kesihatan dan 126 klinik desa.

“Kerana ekonomi kita masih baik, kadar mata wang kita juga masih antara yang terbaik di Asia dan senario politik kita juga walaupun ada, tetapi ia tidaklah seserius itu.

“Jadi saya rasa ia tidak akan menjejaskan banyak kerana sebilangan besar ubat-ubatan kita adalah dari India malah negara itu mengeluarkan hampir 35 peratus ubat-ubatan dunia dengan harga murah.

“Kalau bukan dari Eropah, kita beralih ke India. Bercakap tentang peralatan, jentera adalah dari China. Perang tersebut hanya menjejaskan Eropah dan Arab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dan Penajaan antara Canning Machinery Solutions Sdn Bhd dengan Chef Siew Cake Art & Culinary Sdn Bhd di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Urusan Canning Machinery Solutions Sdn Bhd, Nang Yu Chuan dan Pengasas Chef Siew Cake Art & Culinary Sdn Bhd, Esben Siew Kok Wai.

Sebelum ini media melaporkan, Kementerian Kesihatan memberi jaminan bekalan ubat di negara ini masih dalam keadaan stabil sehingga penghujung Jun walaupun berlaku konflik di Asia Barat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan pemantauan semasa, stok ubat juga berada pada tahap mencukupi, malah pihaknya sudah menyediakan langkah mitigasi bagi memastikan kelangsungan bekalan.

Katanya, jika peperangan Asia Barat berterusan, pihaknya akan menggunakan beberapa langkah mitigasi sama ada jangka pertengahan dan jangka panjang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Konflik Asia Barat: Bekalan ubat negara stabil, pasukan petugas ditubuh pantau impak

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI