LARUT – Usaha memperkasa pembangunan infrastruktur di Pasar Pagi Sungai Bayor, Selama akan terus dipergiatkan dalam memastikan kawasan berkenaan kekal berdaya saing sebagai tarikan pelancongan luar bandar.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, ia termasuk pembinaan tandas awam, pintu gerbang dan parkir kenderaan.
Menurut beliau ia selari dengan peningkatan mendadak kehadiran pelancong selepas menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pasar pagi terpanjang di negara ini iaitu 2.32 kilometer (km). – MGPerak





