MGPerak: 36 Pelajar Cemerlang Di Bawah Tuisyen Cikgu Saarani Terima RM1,000 Seorang

14

IPOH – Seramai 36 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) menerima insentif khas sebanyak RM1,000 setiap seorang daripada Kerajaan Negeri Perak.

Yayasan Perak menerusi kenyataan media berkata, kesemua mereka merupakan anak-anak yang berada di bawah dua komponen program TCS iaitu Program Anak Angkat Cikgu Saarani (AACS) serta Biasiswa Menteri Besar Perak.

Katanya, daripada jumlah itu, ia membabitkan seramai tujuh pelajar cemerlang SPM 2025 bagi komponen program AACS yang dianjurkan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini